Makanan & Minuman Yang Perlu Dielakkan Sepanjang Kehamilan
Februari 22, 2018Fasa kehamilan merupakan fasa yang sangat penting dan sangat perlu diambil berat. Sepanjang tempoh kehamilan tau nak kena jaga. Bahkan, dari membuat persediaan untuk hamil pun kita dah kena pastikan badan kita cukup sihat. Perlu ambil asid folik sebagai persediaan badan untuk menerima kehadiran janin dalam tubuh badan. Pengambilan asid folik penting untuk mengurangkan risiko masalah tulang belakang bayi kita nanti. InshaaAllah.
.
Semasa kehamilan penting untuk mengamalkan pemakanan diet yang sihat. Biasanya orang yang hamil anak pertama akan cukup menjaga pemakanan. Tapi mula berkurangan untuk anak seterusnya, Janganlah macam tu ya. Setiap kali hamil, memang sangat perlu jaga pemakanan seharian.
.
Jaga pemakanan maksudnya, ambil berat apa yang kita makan dan pastikan kita elakkan makanan dan minuman yang memberi risiko kepada diri kita dan bayi dalam kandungan. Ada sesetengan makanan yang perlu kita kurangkan pengambilan dan ada juga makanan dan minuman yang seharusnya dielakkan sepenuhnya.
Di sini saya sertakan 6 jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan atau dikurangkan pengambilan sepanjang kehamilan.
0 comments