Jalan-Jalan ke Melaka

Januari 25, 2017

Assalamualaikum wbt and Salam Sejahtera..

Melaka merupakan satu destinasi percutian menarik. Sebab banyak tempat untuk kite lawati. Yerlah,,banyak tempat untuk bawak anak-anak pergi kan... Ada Zoo Melaka, Night Safari, Canopy Walk, Taman Rama-Rama, A'famosa Waterpark, Melaka Wonderland, Planetarium.. Banyak lagi lah. Fira ngan family pun tak pernah nak dapat pergi semua. Some more kami pergi biasanya hari bekerja. Jadi tak boleh nak cuti lama2 kan. Husband pulak kerja bahagian retail. Jadi cuti kami biasa memang tak kan clash lah.. Kalau ada pun, sangat jarang okeh. So kalau nak berjalan jauh sikit, memang kene plan dululah kan..lagi pula dengan ada anak kecik - Asyraaf tu,. jadi dalam satu hari memang tak dapat nak pergi banyak tempat. Yerlah, ada anak kecik...kita ni yang nak kena ikut masa dia..hehe.. time kite nak makan.. dia nak tidur..haha..Alahailah anak...

Entry kali ni lebih kepada kesinambungan entry sebelum ni.. Kami ke Melaka pada 7 Jan 2017 hari tu.. Lepas settle urusan pendaftaran kolej adik,, kami sampai ke hotel lebih kurang pukul 4 lebih macam tu..dah lewat sangat.. Lepas mandi, solat semua,,perut pulak lapar sangat,,terus kami pergi makan.. kami tak ingat nama kedai makan tu..tapi rasanya macam restoran yang menyediakan Indonesian Cuisine.. Restoran dia sederet dengan kedai Muaz yang jual banyak gile tudung murah tu dan Farmasi. Deretean kedai ni bersebelahan dengan Mahkota Parade tu aje.. To me, masakan dekat situ sedap.. Sebelum ni kalau pergi Melaka, selalu depan kedai makan ni..Tapi tak pernahnye nak singgah. Tapi kali ni, sebab malas nak jalan jauh sangat, makan ajelah dekat sini. Tak sangka,, sedap!!
haha... Fira ada amik jus alpukat (Avocado).. Murah ok.. RM 5 aje untuk satu gelas jus alpukat ni...haha.. Fira makan nasi goreng seafood, Mak pulak amik set daging penyet and husband set ayam penyet.. Tapi memang sedap... Jauh lagi sedap dari Ayam penyet Ori dekat Angsana tu... oooppss... haha.. Betul...tapi sedap tak sedap ni kan subjektif.. Ada orang yang makan,,dia kata sedap,,ada yang cakap tak..sebab ni semua personal preferences kan...

Lepas makan, kami jalan-jalan dekat uptown Melaka tu... Dia macam pasar malam...Dekat kawasan yang sama.. Husband beli dorayaki.. Ala dia macam pancake jugak..tapi saiz kecik.. Satu set ada 4 keping..setiap set boleh pilih nak letak perisa apa.. Satu set ni harganya RM 3... Husband beli sampai 9 set ko.. ha,.banyak tak banyak..hahaha.. Sebelum ni pegi, beli 2 set aje.. Makan berdua..Sekali tak cukup... ni yang sekali beli terus sampai 9 set..haha.. 3 set perisa butter,3 set chocolate, 3 set peanut butter..Sedap..Rasanya macam tak pernah jumpe macam ni lagi dekat JB.. Mungkin kami yang tak abes pusing jalan jalan cari makan dekat JB kot.. kan? Ada macam-macam dekat uptown ni.. Baju pun jauh lebih murah dari yang jual dekat JB.. Bolehlah jalan nak cuci-cuci mata and shopping... But I did heard someone said when we were strolling down Uptown Melaka,, dia cakap,,mahal lah barang-barang dekat sini..Maybe ramai pelancong kot.. Erm.. Mungkin yang cakap tu local people kot.. To me..memang ada murah sikit la banding dekat JB..
Malam,,dah penat..terus balik hotel and tido.. Tapi malangnye,,malam tu Asyraaf tak nak tido..nak bermain aje..sampai la dekat pukul 1 pagi...

Esoknye kami pergi ke Melaka Bird Park. tempat ni terletak berhampiran tol Ayer Keroh tu.. Kami dah pernah pergi Bird Park ni sebelum ni..Tapi mak tak pernah pergi lagi..Asyraaf off  course la tak pernah.. Masa kami pergi sini, Asyraaf pun tak ada lagi..kih kih kih.. So bawak la mereka mereka ni ke Bird Park. Tak sangka pulak semua burung-burung dah lepas bebas..and sangat-sangat jinak..
For adults, entrance fee dia RM 15 - weekdays and RM 20 - weekends.
For childern, entrance fee RM 10 - weekdays and RM 20 - weekends.
Dekat bahagian luar bangunan Bird park tu, kita boleh pancing ikan.. Tapi tak ingat berapa fee dia..Sebab dekat situ, kami just tengok aje ikan-ikan yang ada. Ni lebih kepada aktiviti untuk kanak-kanak la.. Macam bes aje.. Next time boleh try 😊😊
Kami ada beli set untuk bird feeding. RM 10 per set kalau tak silap.. Ada Fresh Corn dengan air Madu.. Sebelum masuk, better sorokkan dulu.. Sebab nanti burung-burung terus akan berkerumun dekat kita..haha.. Seronok tau... Okeh.. ni nak share gambar.. Ada video merak jugak,, Bertuah rasanya masa ke bird park kali ni.. Sebab burung merak tu kembangkan ekor!! tak sangaka betul..
Gambar ada yang dari google..ada yang sendiri amik.. video off course sendiri punya.. Mana yang gambar cantik tu,,dari google la..haha..












You Might Also Like

0 comments

Subscribe