CARA ATASI MASALAH SAKIT LUTUT TANPA PEMBEDAHAN

November 13, 2017

Sakit lutut ni bila kena, memang sakit betul rasa. Kadang-kadang menimbulkan rasa tak selesa.
Yelah, bila nak berjalan sakit. Bila laju sikit berjalan, lagi lah sakit. Masa solat pulak, lutut berbunyi keletuk keletuk.. Aduhai.. Tu belum tambah dengan rasa sakit lagi tu..



Sakit lutut ni akan makin melarat sekiranya kita biarkan tanpa sebarang rawatan tau. Sebabnya, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada lutut dan bila lutut dah rosak, maka ia akan kehilangan fungsi. Nauzubillahiminzalik..

Jadi, saya nak share lah serba sedikit untuk rawat masalah lutut tanpa pembedahan.

1. Kurang Berat Badan

Badan yang melebihi berat dari paras yang sepatutnya lebih berisiko untuk mengalami masalah sakit lutut. Badan yang berat akan memberi lebih tekanan berlebihan pad lutut. Perasan tak, walau besar mana pun bahagian atas badan kita tu, bila ke bahagian kaki je, tetap kecik jugak. Yelah jauh lebih kecik berbanding badan la kan. Jadi penting untuk seboleh mungkin untuk mengurangkan berat badan.

2. Gunakan pendakap lutut.

Anda boleh juga cuba gunakan pendakap lutut seperti Ebene tu. Pendakap lutut ni fungsi nya untuk mengurangkan pergerakan pada sendi lutut.

3. Melakukan Rawatan Akupunktur

Sebut saja rawatan akupunktur memang kedengaran agak mengerikan bila kita cuba bayangkan. Yelah, penggunaan jarum yang panjang dan halus mungkin mendatangkan perasaan tidak selesa. Namun rawatan akupunktur ini mampu untuk meredakan dan melegakan kesakitan pada sendi lutut dan meningkaktkan flekisibiliti lutut.

4. Amalkan diet yang sihat:

Dengan mengamalkan diet yang sihat dapat membantu meredakan sakit lutut. Biasanya, sakit pada lutut adalah disebabkan keradangan. Masalah keradangan boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan omega 3 seperti Salmon, kekacang dan hati (tidak digalakkan kerana tinggi toksin). Selain itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayur untuk mendapatkan zat yang mencukupi.

5. Mengambil makanan tambahan yang membantu untuk meningkatkan kesihatan sendi dan tulang.

Terdapat makanan tambahan tertentu yang dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit dan nyeri pada lutut seperti minyak ikan yang membantu untuk melincirkan pergerakan sendi lutut, Vitamin C yang membantu untuk membina semula tisu penghubung dan protein yang membantu untuk pembaikan tisu otot.

Untuk makanan tambahan dari Shaklee, saya mencadangkan pengambilan set kesihatan sendi ni.
Dalam set ni mengandungi:

VIVIX - Untuk membantu memperbaiki sel-sel yang sudah rosak

OMEGA GUARD - Untuk meredakan keradangan pada sendi dan sebagai pelincir.

OSTEMATRIX - Untuk memelihara kesihatan sendi dan tulang dan membantu proses pengecutan dan pengenduran saraf.




Video Cara atasi masalah sakit lutut tanpa pembedahan.





You Might Also Like

0 comments

Subscribe