PEMAKANAN UNTUK PENYAKIT DARAH TINGGI
November 19, 2017Penyakit darah tinggi adalah penyakit yang berbahaya. Sekiranya tidak dikawal, boleh menyebabkan masalah strok atau masalah kesihatan yang lain.
Sekiranya anda telah mendapatkan rawatan daripada doktor, sangat perlu untuk anda patuh dengan arahan doktor dan makan ubat seperti yang disarankan.
Selain tu, semestinyala perlu untuk kawal pemakanan kan.
Ok dekat bawah ni, saya senaraikan apa yang boleh anda makan dan makanan yang perlu dielakkan sekiranya sudah mempunyai penyakit darah tinggi ni.
1. Kurangkan Garam dalam masakan
Pengambilan garam adalah sangat perlu dihadkan bagi mengawal oenyakit darah tinggi ni.
- Ianya perlulah dihadkan kepada 1 sudu teh sahaja untuk sehari ataupun sebanyak 2400mg sodium.
- Gunakan bahan-bahan asli untuk memperasakan hidangan seperti penggunaan serai, rempah ratus, perahan lemon, herba masakan. Dan elakkan penggunaan MSG dalam masakan.
- Makan makanan yang segar. Elakkan makanan yang telah diproses seperti nugget, sosej, daging burger, dan lain-lain. Ini kerana makanan yang telah diproses mengandungi kandungan sodium yang tinggi.
2. Kurangkan pengambilan Garam dalam keseluruhan pemakanan
Kebanyakan makanan yang terdapat dipasaran adalah sangat tinggi kandungi sodium. Baca label bahan yang anda hendak beli untuk pastikan kandungan sodiumnya. Berikut adalah contoh makanan yang tinggi sodium:
Perisa Makanan
- Garam
- Kicap
- Sambal Belacan
- Cencaluk
- Tempoyak
- Semua jenis sos (sos cili, tomato, sos tiram, sos ikan, etc)
- Monosodium Glutamate (MSG)
- Kiub/Stock Masakan
- Tauchu
- Perencah segera
- Krim Salad
- Mayonis
Makanan yang Dikeringkan
- Ikan/Udang/Sotong/Kerang/Kupang/Lala Kering (semua makanan asli yang sudah dikeringkan)
- Sayur Jeruk Masin
- Telur Masin
- Daging Salai
Makanan yang telah ditinkan
- Semua jenis makanan yang telah ditinkan sama ada makanan yang sedia di masak atau pun perlu dimasak termasuk sup dalam tin dan ikan sardin dalam tin.
Makanan lain
- Semua jenis jajan/cikedis/keropok
- keropok ikan, sotong, udang yang perlu digoreng sebelum di makan
- Keju
- Papadom
3. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol jahat yang tinggi.
Elakkan pengambilan amakanan yang mengandungi kolestrol jahat seperti lemak haiwan, kulit haiwan, makanan yang diproses, makanan sejuk beku, mentega dan lain-lain.
4. Menurunkan berat badan
Bagi mereka yang tidak mempunyai berat badan yang ideal, adalah lebih elok sekiranya dapat menurunkan berat badan ke tahap yang optimum. Iaitu dengan BMI (Body Mass Index) 18.5 - 24.9. Macam mana nak kira BMI ni? Tengok gambar dekat bawah ni ok.
Tapi, janganlah terlau drastik sangat turunkan berat badan tu. Bila berat badan turun dengan cepat, nanti senang naik balik pulak kan.
Paling mudah, jangan ambil gula langsung atau kalau tidak mampu, ambil gula yang bagus seprti madu tulen, stevia.
5. Tingkatkan pengambilan serat
Antara makanan yang kaya dengan serat adal seperti organic rolled oat, sayur-sayuran dan buah- buahan.
6. Makan supplement yang membantu untuk mengawal tekanan darah dan membantu untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.
0 comments