KENAPA PERLU AMBIL VITAMIN

Disember 01, 2017


Ada sesetengah pihak sering tanya, kenapa perlu ambil vitamin?

Badan manusia kan hebat, bukan boleh menghasilkan vitamin sendiri ke?

Makanan yang kita makan tu, bukan dah ada vitamin ke?

Rasanya, ramai yang tahu hakikat yang mostly orang kita ni, tak mengamalkan pemakanan seimbang.
Yang jenis tak suka makan sayur pun ramai..picky eater pun ramai kan?

Ada jugak yang tak mo ambik berat langsung tentang ape zat yang terkandung dalam menu yang diorang makan hari-hari tu. 

Bila dah tak amik tau pasal zat dalam makanan yang di ambil, jauh sekali la nak ambik makanan dalam nisbah yang betul. 
Benda-benda ni semua menyebabkan badan kita akan menerima zat dalam kuantiti yang tidak sepatutnya ataupun tak betul.

Aside from faktor pemakanan tak seimbang, kebanyakkan makanan mentah kita hari ni contohnya macam sayur-sayuran, buah-buahan, ulam-ulaman, semuanya dah dicemari dengan racun serangga. 

Pasti ke, sayuran yang korang makan tu organik? 
Korang petik sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman dari kebun sendiri setiap hari ke?
Ala macam orang dolu-dolu.. Semuanya tanam sendiri!

Off course la jawapannya TIDAK!!.. Huhu..tak payah cakap orang,,Fira pun sama.
Ni je baru konon berjinak nak berbakti pada tanah..haha..tu pun boleh tanam dalam pasu aje..
Start dengan tanam cili, sayur bendi dan sayur sawi jepun. Ok pasal tanam sayur ni, Fira cerite dalam post lain ok.. :-)

......

Sekarang, kita lebih banyak membeli dekat pasar. Even Fira pun sama :-)
Sayur kat pasar/ Jejeco / Giant etc. etc. tu memang cantik. Ulat tak makan pun.
Kalau sayur yang kita beli tu sempurna sangat sifatnya, maka kebarangkalian sayur tu sudah dicemari dengan racun serangga adalah tinggi.

Lepas tu, sayur/makanan yang kita makan sehari hari tu, akan kehilangan zat makanan ketika proses memasak. 
Masak terlalu lama juga menyebabkan zat meresap keluar. Ada certain vitamin yang terus akan rosak, hanya dengan proses pemanasan..

Jadi, memang sangat la perlu ambil supplement seawal usia muda.
Lagi-lagi, yang jenis susah sangat nak jaga makan..susah sangat bersenam, orang yang mengamalkan diet vegetarian..

Jom kita sama-sama ke arah hidup yang lebih sihat.
Takmo nanti bila usia menginjak tua, macam-macam penyakit datang menyinggah..

Supplement bukan ubat. Nope. Bukan sama sekali.

Ianya cuma melengkapi zat yang kurang dalam badan.
Cuma makan ikut dose yang dah ditetapkan. Makan lebih pun berbahaya untuk badan.

In fact, makan apa2 pun dalam kuantiti yang berlebihan akan membahayakan badan kita...

Ok..Done membebel.. kalau keep membebel, jadi panjang pulak nanti..huh

Jom tengok, ape simtom pada badan bila kekurang vitamin tertentu..
Jangan risau, boleh pegi lab untuk cek ape yang kurang dalam badan kalau nak tau ok? 


You Might Also Like

0 comments

Subscribe