TIPS UNTUK BINA PERSONAL BRANDING SENDIRI (PENJENAMAAN DIRI)

Disember 06, 2017




Perkataan personal branding kini menjadi satu gabungan dua patah perkataan yang sangat famous.
Terutamanya di kalangan mereka yang menjanlankan aktiviti perniaagan sama. 
Tak kisah sama ada bisnes online atau offline.

Jika dulu orang kenal lebih kepada nama company.
Contoh tengok je lambang M tu, orang tau tu McDonald. Tak ramai yang tahu, siapa pulak owner McDonald tu.
Bila teringat ayam goreng - Nama KFC konfirm terngiang-ngiang dalam kepala. Sekarang aje dah ramai yang tau, KFC asalnya dari Colonel Sanders tu.. 

Sekarang orang kenal pulak:

Mark Zuckerberg ohh... Owner FB
Steve Jobs - Apple @ lagi femes Iphone
Donald Trump - Empayar Bisnes
Barack Obama - US President berkulit hitam yang pertama.. (Ok ni saja tambah..hehe)

Nampak tak? Orang kenal diri dia sendiri.. 
As an owner to a company.
As a CEO to his own business.
As a president to a country.

Personal branding ni penting untuk semua orang sebenarnya.
Bukan khas untuk usahawan-usahawanita aje.
Personal branding ni macam kirannya secret sauce untuk kite ni stand out dalam resume kita berbanding dengan orang lain.
Personal Branding ni melambangkan personal value kita. Apa yang menonjol dalam diri kita.

Membangunkan kita punya personal branding sendiri adalah cara proaktif untuk kita punya career development dan membantu untuk macam mana cara kita dilihat dalam pasaran. Jatidiri peribadi yang kukuh tu akan memberi kesan terhadap keupayaan kite untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai, kenaikan pangkat dan meningkatkan kebolehan diri kite.

Jadi bila orang tengok je resume kita tu, orang tau dah..Oh dia ni ada kelebihan macam ni. Personaliti dia macamtu. Character dia memang stand out sangat. Sekali tengok, orang dah boleh rasa, kitalah orang paling sesuai untuk sandang jawatan yang company tu tawarkan.

Macam mana nak personal branding kan diri kita ni?
Kite nak orang nampak kite ni sebagai ape? 
Just orang yang cari kerja je ke? 
Just orang yang buat berniaga aje ke? Apa yang diniagakan tu?
Bila orang sebut nama kita, orang kenal kita sebagai apa?

Haa.. mesti dah nampak bayangan sikit-sikit kan?

Macam mana nak create personal brand kita?

  1. Mula dengan fikir dan tanam dalam hati yang diri kita ada lah satu jenama. Apa sifat yang kita bawak tu, akan dibawa sebagai jenama diri kita. contoh kita sentiasa buat baik, tak pernah bersangka buruk, tak mengumpat, dan selalu tolong orang. so orang akan ingat sebagai - dia yang baik sangat tu
  1. Cari ape yang uniknye diri kita ni dan kekuatan yang kita ada. Setiap orang pasti ada keunikan yang berbeza. Tonjolkan keunikan kita tu pada orang lain. Fikirkan ape keunikan dan kekuatan yang kita dah bina sepanjang kerjaya kita tu. Mungkin ada satu kekuatan yang ada pada dalam diri kita, tapi kita tak tau apa dia. Tapi, bila dah fikir dalam-dalam dan tak tau juga ape value kita tu, tanya aje pada orang lain. Jangan segan untuk bertanya ok.
  2. Cipta ruang anda sendiri. Sekarang dah tau ape keunikan dan kekuatan diri korang kan? Jadi sekarang adalah masa untuk kita gilap bakat tu ok. Belajar dan terus belajar untuk menajamkan bakat yang kita ada dan jadilah seorang pakar dengan bakat tu. Bila ilmu yang kita ada tu kita dah betul-betul faham, bolehlah kongsi dengan orang lain pulak. Boleh kongsikan melalui youtube ke, blog ke, menulis secara online atau offline.
  3. Jadi diri sendiri. Tak perlu ikut style orang lain. Gunakan keunikan yang ada dalam diri kita tu untuk menarik minat orang lain terhadap diri kita. Dan seterusnya untuk follow kita.
  4. Cari value yang ada pada diri kita dan setkan prioriti. Penting untuk kita tau dengan jelas ape dia kita punya personal goal sama ada untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. So bila dah ada personal goal, baru la kita boleh stay on track kan.
  5. Bina platform untuk memperkenalkan diri kita. Apa platform yang kite boleh guna? Zaman sekarang ni ada macam-macam media sosial yang boleh kite gunakan. Contohnya macam Facebook, Instagram, Twitter, Tumblr, Google+, Blogger, Wordpress dan macam-macam lagi. Bila nak memperkenalkan diri kita melalui platform-platform macam ni, sila tengok balik point no.1. Kita pilih apa yang kita nak pamerkan dalam platform kita tu. Nak kata-kata yang positif dan baik atau penuh dengan caci makian dan umpatan? Zaman sekarang, employer pun dah pandai cari maklumat melalui akaun facebook kita tau.


    Untuk bina personal branding kita memang memerlukan masa dan usaha untuk kita betul-betul pasti dengan keunikan diri. Teruskan untuk membentuk jenama diri kita sendiri. Jadikan ianya sebagai tapak untuk melonjakkan diri anda untuk terus berjaya sama ada dalam perniagaan untuk kerjaya.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe