5 Sebab kenapa perlukan makanan tambahan

Februari 05, 2018

Hi Semua :-)

Korang rasa korang dah makan buah buahan, sayur-sayuran pun dah makan, siap makan ulam lagi. Lepas tu korang dah dedahkan diri pada cahaya matahari pagi untuk dapatkan vitamin D. Dah dapatkan juga tidur yang mencukupi dan berkualiti. Dah minum air yang cukup dengan kadar sekurang-kurangnya 2 Liter 1 hari untuk kekal terhidrat. Jadi dah tentulah korang dah tak perlukan supplement kan?

.
Erm..salah sebenarnya tanggapan ni tau.

.
Jadi, saya nak berikan 5 sebab kenapa kita perlu juga ambil supplement a.k.a makanan tambahan ni.

1. Korang makan makanan standard orang Malaysia. 

Contohnya, roti canai, teh tarik, nasi lemak, kari ayam, masak lemak cili api, sup gearbox. Menu macam ni di makan hari-hari. Menu macam ni biasanya kurang lengkap dan kadangkala tidak seimbang. Kurang lengkap dari segi kandungan vitamin dan mineral. Dan..kebanyakkan vitamin dan mineral musnah bila melalui proses pemanasan iaitu proses memasak. Best way, memang kena ambil dalam bentul real, raw food.

.

2. Kekurangan nutrien pada tanah.

Bila kita kerap menanam pada tanah yang sama, nutrien pada tanah akan berkurangan. Penggunaan baja hanya membekalkan cukup-cukup nutrien untuk pokok membesar sebelum kita tuai sahaja. Bila dah dituai pulak, kadang-kadang kita tak dapat pun makan terus kan. Lepas 1-2 hari baru sampai dekat tempat kita. Lepas kita beli, kita simoan pulak dekat fridge. hehe

Macam buah pulak, kadang-kadang ditanam dengan meningkatkan kandungan gula. Tu yang ada sesetengah buah bila kita makan, mak aiii..maninsnyaaaaa. Lain machiam manisnya tu. Tapi kita mesti suka kan? Yelah makan buah kononnya.. hehe

.

3. Mengamalkan Pemakanan sayuran yang tidak organik.

Sayur-sayuran yang ridak organik (sayuran organik biasanya mempunyai label) biasanya dirawat dengan racun serangga. Sayur kita ni sebenarnya mempunyai sistem pertahanan diri sendiri tau. Ada bahan aktif yang berupaya untuk memerangi kanser. Nama bahan ni adalah polifenol. Polifenol yang ada dalam tumbuhan ni la yang menjaga tumbuhan dan tanaman kita dari serangan serangga dan penyakit. Tugas kita ni adalah memelihara persekitaran tanaman supa dalam keadaan yang baik.

.

4. Haiwan ternakan diberi makan makanan yang telah diproses.

Rasanya semua orang sedia maklum bahawa banyak dari haiwan ternakan yang kita ada sekarang ni telah diberi makan dedak. Diorang ni tak lagi bebas untuk mencari makanan sendiri. Ikan pun di bela dan diberi makan dedak. Ikan salmon tu pun ada yang dibela dan diberi makan dedak.

Kalau kita ni manusia makan makanan yang diproses hari-hari pun tak bagus. Erm. Untuk haiwan ternakan? Mesti tak bagus juga kan.

Sebab tu kita tengok harga lembu wagyu yang memang makan rumput segar harganya mahal. Ikan salmon norwegian yang bukan di bela jauh lagi mahal. Ayam free range dan organik harganya mahal.

.

5. Proses penyerapan nutrien dalam badan manusia berkurang seiring dengan usia.

Semakin meningkat usia kita, asid dalam perut yang diperlukan untuk menghadamkan makanan yang kita makan semakin berkurangan. Jadi bila susah nak hadam, susah la juga badan nak serap nutrien dari makanan yang kita makan.

Lagi pulak bila kita tua, banyak pula ubat-ubatan yang nak kena telan. Ubat-ubat ni boleh mengganggu penyerapan nutrien dari makanan. Jadi, sebab tu kita perlu mengambil nutrien tambahan dalam bentuk yang lebih mudah diserap badan seperti supplement ni.

Ok. Harap dapat membantu ya. Oh ya. Nak dapatkan supplement yang berkualiti, semulajadi dan mudah diserap badan, boleh contact saya ya.








You Might Also Like

1 comments

  1. setuju..dulu saya bukan peminat supplement,tp kerana keadaan yang memaksa akhirnya saya jatuh cinta.

    BalasPadam

Subscribe