Makanan & Minuman Yang Perlu Dielakkan Sepanjang Kehamilan

Februari 22, 2018

Fasa kehamilan merupakan fasa yang sangat penting dan sangat perlu diambil berat. Sepanjang tempoh kehamilan tau nak kena jaga. Bahkan, dari membuat persediaan untuk hamil pun kita dah kena pastikan badan kita cukup sihat. Perlu ambil asid folik sebagai persediaan badan untuk menerima kehadiran janin dalam tubuh badan. Pengambilan asid folik penting untuk mengurangkan risiko masalah tulang belakang bayi kita nanti. InshaaAllah.

.

Semasa kehamilan penting untuk mengamalkan pemakanan diet yang sihat. Biasanya orang yang hamil anak pertama akan cukup menjaga pemakanan. Tapi mula berkurangan untuk anak seterusnya, Janganlah macam tu ya. Setiap kali hamil, memang sangat perlu jaga pemakanan seharian.

.

Jaga pemakanan maksudnya, ambil berat apa yang kita makan dan pastikan kita elakkan makanan dan minuman yang memberi risiko kepada diri kita dan bayi dalam kandungan. Ada sesetengan makanan yang perlu kita kurangkan pengambilan dan ada juga makanan dan minuman yang seharusnya dielakkan sepenuhnya.

Di sini saya sertakan 6 jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan atau dikurangkan pengambilan sepanjang kehamilan.



1. Ikan yang tinggi Merkuri
     Merkuri ni merupakan bahan yang sangat bertoksik. Setakat ni, masih tak tahu lagi apakah tahap         pendedahan yang selamat terhadap merkuri dan selalunya merkuri ni boleh dijumpai di air yang         tercemar. Sekiranya terdedah pada tahap yang tinggi, ianya boleh membahayakan sistem saraf,           sistem imunisasi dan buah pinggang kita.
     Disebabkan merkuri ni banyak dijumpai di laut, jadi ikan-ikan besar yang ada dekat lautan tu               terdedah pada merkuri ni dan berkumpul banyak pada badan ikan ni.
     Jadi, sebab itulah, wanita hamil dicadangkan untuk kurangkan pengambilan ikan yang tinggi               merkuri. Limitkan pengambilan kepada 1 atau 2 sajian sebulan.
     Apa dia contoh ikan yang tinggi merkuri?
     Ikan Jerung, Ikan Kembung besar, Ikan tongkol @ tuna.
     Banyakkan pengambilan ikan yang rendah kandungan merkuri sebab ianya tinggi dengan                     kandungan minyak Omega 3.

2. Daging mentah, separuh masak atau daging yang sudah diprosess (Daging Lembu, Kambing, Ayam & Ikan)
     Makan makanan yang tidak dimasak sempurna boleh meningkatkan risiko jangkitan beberapa             jenis bakteria dan parasit. Ini termasuklah toxoplasma, E. coli, Liseria dan salmonella.
     Bakteria ini kemungkinan boleh membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan                         meningkatkan kebarangkalian kematian bayi semasa dalam kandungan ataupun masalah                     kecacatan otak dan saraf. Sesetengan bakteria boleh didapati di permukaan daging yang belum           dimasak, dan ada juga yang berada di bahagian dalam daging.
     Makanan yang telah diproses seperti sosej, daging burger dan pelbagai jenis lagi juga perlu                 elakkan. Makanan yang telah diproses berkemungkinan dijangkiti pelbagai jenis bakteria semasa         dalam pemprosesan atau semasa penyimpanan. Lagipun makanan diproses ni merupakan antara           makanan penyumbang kanser tau. 

 3. Telur Mentah
     Mesti ada yang suka makan telur ayam kampung mentah kan? Erm..sedap ke ye? Ok. Telur                 mentah ni kadangkala telah dicemari bakteria salmonella.
     Apa dia simtom jangkitan salmonella ni? 
    Biasanya ibu kan mengalami demam, pening, loya-loya, muntah yang kerap, perut yang kerap            mengeras dan cirit birit. Dalam sesetengah keadaan yang sangat jarang berlaku, jangkitan bakteria      ni boleh menyebabkan kejang pada uterus yang menyebabkan kelahiran pramatang ataupun                kematian janin di dalam rahim.
    Makanan yang mengandungi telur mentah seperti telur hancur separa masak, homemade sos                mayonnaise, salad dressing, ais krim homemade dan icing cake.

4. Organ dalaman haiwan
    Organ dalaman haiwan seperti hati, pedal, limpa, paru dan sebagainya merupakan sumber nutrisi        yang baik. Contohnya seperti vitamin B12, vitamin A & kuprum yang mana bagus untuk wanita          hamil dan bayi dalam kandungan.
    Tetapi biasanya organ dalam mengandungi kandungan toksin yang tinggi terutamanya vitamin A.        Pengambilan vitamin A (berasaskan dari haiwan) yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan.
    Jadi, limitkan pengambilan organ dalaman ini tidak lebih daripada sekali seminggu.

5. Kafein
     Kafein ni biasanya boleh didapati di dalam kopi, teh, koko dan minuman berkarbonat. Wanita             hamil seharusnya mengawal penganbilan kopi sebanyak lebih kurang 2 cawan sehari sahaja.               Dapat dielakkan terus, adalah lebih baik :-)
     Kafein ni boleh diserap dengan sangat mudah dan pantas dan dibawa ke placenta dan janin. Tetapi       bayi yang belum lahir dan plasenta baby ni tidak mempunyai enzim utama yang mana diperlukan       untuk mencernakan kafein. Jadi bila ibu mengambil lebih kafein, level kafein pada bayi boleh             meningkat.
     Pengambilan kafein yang tinggi dikatakan boleh membantutkan tumbesaran janin dan meningkat       risiko bayi lahir kurang berat badan. Kurang berat semasa lahir disifatkan sebagai berat kurang           dari 2.5kg yang mana meningkatkan risikan kematian selepas kelahiran dan juga risiko                         mengalami masalah kronik semasa bayi dewasa kelak seperti masalah diabetis type 2 dan masalah       jantung.

6. Susu, Keju & Jus buah yang tidak dipastur.
     Susu mentah dan cheese yang tidak dipastur mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya               seperti listeria, salmonella, E. coli dan campylobacter.
     Jangkitan daripada bakteria berbahaya ini mungkin boleh menyebabkan masalah yang                         membahayakan nyawa bayi dalam kandungan.
     Sekiranya hendak minum susu dan jus buah, pastikan minum produk yang telah dipastur terlebih         dahulu.

Masih ada lagi beberap jenis makanan yang perlu dielakkan oleh wanita hamil seperti sayur mentah, alkohol (sebagai orang islam, memang haram minum minuman atau makanan beralkohol), makanan yang tidak dicuci sempurna dan makanan yang diproses (junk food). 

Semoga korang menjalani proses kehamilan yang dimudahkan dan dimudahkan bersalin kelak ya. Doakan saya hamil anak kedua pula. 




You Might Also Like

0 comments

Subscribe