TIPS UNTUK BERSALIN DENGAN MUDAH TANPA KOYAKAN

Februari 01, 2018

Seronoknya bila baca pengalaman mommy-mommy dekat luar sana yang mudah sangat nak bersalin kan?

Yang tak de koyakan pernium langsung lagi lah bestnya. Memang Syukur sangat sekiranya Allah mudahkan kita untuk bersalin.

Ada sebenarnya ikhtiar yang kita boleh lakukan untuk memudahkan proses bersalin ni. Kita usaha sehabis-habisan ikut semua petua yang ada. Selebihnya? Tawakkal pada Allah s.w.t .Mohon sungguh-sungguh pada Allah untuk mudahkan prosess bersalin kita kelak.

Jom tengok ape dia petua untuk mudahkan bersalin ni:

1. Banyakkan berjalan.

Betul tau. Even masa dekat ward pun, nurse akan mintak kita berjalan selalu. Supaya mudahkan pembukaan jalan tu nanti. Banyakkan berjalan ni dah boleh buat dari awal dah. Jadi seorang mommy yang aktif. Tak mo layan-layan sangat perasaan lemau dan malas tu ok.  Kalau Fira, dah ajak hubby berjalan selalu dah. Tawaf la ke segala shopping complex. Mujur keliling rumah penuh dengan shopping complex. Hehe

2. Berjalan Itik.

Haaa.. Pelik tak? Hehe. Ni masa dah dekat-dekat macam tu, dah boleh start buat dah. Lagi-lagi bila dah masuk 8 bulan. Boleh start dah berjalan itik ni. Biar otot-otot kaki kita relax dan mudah untuk meregang.

3. Menari.

Menari masa perut tengah besar tu? ish. ish. seronok tau. Release stress gitu. Banyak video dekat you tube tu tarian sesuai untuk ibu hamil. In fact, ada doctor yang boleh jadi choreographer, untuk reka tarian khas untuk wanita yang tengah mengandung. Especially yang tengah menunggu masa baby nak kelaur tu. Meh Fira embed video dia kat bawah ni ok. Boleh lah tengok nanti :-)

4. Banyakkan makanan dan minuman yang boleh memberi tenaga.

Proses bersalin banyak memerlukan tenaga. Kalau kita tak makan, tak ada tenaga, macam mana nak push keluar baby kan? Jadi banyakkanlah makan kurma terutamanya. Kalau macam susah nak makan kurma macam tu aje, boleh jugak minum susu, blend sekali dengan kurma dan badam. Sediakan juga biskut dalam beg. Makan sikit-sikit. Jangan tak makan langsung pulak. Korang perlukan tenaga untuk push baby dan lepas tu untuk tengok baby after baby keluar nanti :-)

5. Banyakkan posisi bersujud.

Sebagai orang islam, kita akan bersujud masa kita solat kan? Jadi banyakkanlah solat-solat sunat, solat hajat, tahajjud, dhuha, tasbih tak lupa juga solat farhu yang lima waktu tu. Mohon sungguh-sungguh masa sujud tu pada Allah. Semoga Allah mudahkan segalanya untuk kita.



6. Banyakkan berzikir dan berselawat.

Selain berzikir dan selawat, boleh juga melazimi doa Nabi Yunus. InshaaAllah dengan izin Allah mudah nanti bukaan dan laluan untuk baby keluar tu nanti.



7. Amalkan Minum Red Raspberry Leaf Tea

Ha. Teh ni antara yang susah nak dapat. Dekat Lazada tu ada. Tapi mahal. Boleh minum seawal masuk trimester kedua. Tapi make sure Red Raspberry Leaf ye. Bukan Raspberry Leaf sahaja. Best sebab badan rasa relax aje. Rasa tenang gittew. Option yang murah sikit, boleh amalkan minum minyak kelapa dara. 1 sudu sehari.

8. Buat urutan perinium.

Hmm. Yang ni agak susah sikit nak di buat. Tapi sangat bagus untuk membantu melembutkan bukaan faraj kite tu. Boleh start buat bila dah masuk 8 bulan kandungan. Cara dia, duduk mencangkung, atau mana-mana position yang rasa selesa, lepas tu sapukan minyak kelapa dara pada ibu jari atau jari telunjuk. gosok bahagian bawah bukaan faraj sambil ditarik-tarik sedikit ke bawah. Pastikan korang telah mencuci bersih jari jemari ye. gosok lah selama lebih kurang 5 minit sehari.

Bagi sesiapa yang pregnant tu, bolehlah cuba kaedah-kaedah ni ya.
Banyakkan bergerak. Pastikan anda sentiasa aktif. Abaikan segala rasa malas, letih nak berbaring semua tu. Aktiviti berkebun juga antara aktiviti yang sangat sesuai dilakukan semasa kehamilan.

Semoga korang semua diberikan kemudahan untuk bersalin nanti ya.

Sebelum saya lupa, dekat bawah ni ada tarian khas untuk semua para ibu yang hamil dekat luar sana :-)







You Might Also Like

0 comments

Subscribe