TIPS MENJAYAKAN PERHUBUNGAN JARAK JAUH (SUAMI - ISTERI)

Ogos 27, 2018

Subhanallah. Memang tak semapat langsung nak menghapdet blog sekarang. Almaklumlah, jadi single parent untuk tempoh 6 hari seminggu sekarang ni, Hehe

.

Encik husband kena transfer ke Melaka. Off day dia cuma 1 hari dalam seminggu. Masa off day tu lah baru dia balik. Let say, dia off hari Khamis, so Rabu malam tu dia naiklah bas pulang ke sarang. Jumaat pepagi dah kena naik bas semula ke Melaka. Dan biasanya, hari off day husband adalah pada hari bekerja saya. Jadi, boleh bayangkan berapa sikit masa saya dapat spend dengan husband even pada hari off day beliau?

.

Nak buat macam mana kan. Dah rezekinya macam tu. Sekarang tengah usaha cari keje lain dekat Johor. Susah dia dekat Melaka. Bila ada hal ape-ape tu yang jadi payah.

.

Lagi satu bila anak yang sorang tu, terpaksa lah membesar tanpa ayah. Even baru je sangat husband dekat melaka tu, tapi ada certain moment tumbesaran anak yang dia terlepas. Biasalah, budak kan cepat progress development dia kan. Jadi dalam tempoh 3 bulan banyak sangat dah terlepas.

.

Since saya dah ada pengalaman serba sedikit PJJ dengan husband, memang ada kebaikan dan kekurangan yang saya nampak dalam hubungan PJJ ni.

.

Mungkin yang belum ada anak, kurang sikit rasanya tu. Tapi bila anak makin bertambah, tentu terasa.
Jom tengok, apa dia yang perlu sangat untuk menjayakan hubungan PJJ suami isteri ni.





1. Letakkan kepercayaan kepada pasangan.

Hmm. Ni penting tau. Apa yang ada dalam fikiran kita, itulah yang kita akan invite masuk dalam hidup kita. Kalau kita asek dok fikir benda negativ je, fikir, oh senanglah husband @ wife nak jumpa orang lain,layan orang lain. Itu BIG NO ok. Buang perasaan tu jauh. Jangan biar dia meracuni otak kita. Please letak kepercayaan pada pasangan kita.


2. Call / Video Call /  Whatsapp pasangan dengan kerap

Trust me, bila korang berjauhan dengan pasangan, korang akan rasa rindu. Rindu yang amat sangat, Tapi kene kuatkan hati. Hidup kena teruskan. Teruskan bercerita dengan pasangan melalui aplikasi telefon tu. Wasap ke, telegram ke.. Video call bila ada waktu terluang. Kita kena buat pasangan kita tahu dan rasa yang kita perlukan dia. Baik suami atau isteri. Kena buat benda yang sama. Benda sekecil - kecil tadi pagi lupa nak breakfast, hari ni busy dekat kerja pun boleh cerita. Come on. Korang dah berkahwin. Communication tu paling penting dalam hubungan kan?


3. Tunjukkan perasaan sayang dan tetap maintain romantis

Bila dekat pun, kita ucapkan I love you pada pasangan kan? Kalau berjauhan lagilah kena cakap selalu. I love u, I miss u. Sesekali, bertukar gambar dengan pasangan.  Bila dapat jumpa, sangat perlu untuk spend quality time bersama-sama. Terpulang berdua atau bersama anak-anak. Bagi saya, biarlah satu family dapat spend time sama-sama. Bukan kita aje yang rindukan pasangan. Anak-anak pun sama juga. Cuma anak-anak belum pandai nak luahkan rasa rindu sayang tu, Lagi-lagi anak yang masih kecil :-)


4. Saling memahami antara satu sama lain

Yang ni pun sangat penting kalau nak menjayakan hubungan jarak jauh ni. Jangan jadikan benda yang kecil untuk jadi topik bergaduh. Walaupun jauh, kena berbincang secara baik dengan pasangan. Kurangkan ego. Lagi - lagi bagi pihak yang kena jaga anak-anak. Biasanya bila terpaksa ditinggalkan pasangan, mesti ada rasa ego, kadang kala marah. Sebab merasakan diri kena buat semua benda kan? Ceritakan pada pasangan. Sekurang-kurangnya pasangan kita tahu kan? Jangan berkias. Back to communication. Jangan pendam segalanya seorang diri. Kelak pasti memakan diri.


5. Beritahu pasangan jika anda hendak ke mana-mana

Betul. Pasangan kita jauh. Tak tahu ke mana kita pergi. Even kita tipu pun, dia tak tahu. Cuma kadang-kadang pasangan yang dah lama kahwin ni, macam ada telepati. Hehe. Serius!
Nak ke mana-mana bagi tahu pasangan. Sekurang-kurangnya dia tahu. Dan in case, mana tau nak jadi apa - apa, at least pasangan kita tahu keberadaan kita tu.


6. Jangan Menipu!

Huii..penting ni tau. Jangan sesekali menipu pasangan kita. Sekali kita menipu, dan pasangan kita dapat tahu, mungkin sukar untuk dia maafkan kita. Kita tak tahu. Level kemaafan orang tak sama. Sebab tu penting untuk berlaku jujur untuk menjayakan sesebuah hubungan tak kiralah jarak jauh, ataupun memang hari-hari dapat jumpa.


Harap-harap tips yang saya share hari ni dapat membantu serba sedikit untuk korang menjayakan perhubungan jarak jauh (Long Distance Relationship) ni ok. Atau kita buat club untuk isteri - isteri yang dalam LDR ni nak? Hehe. just suggestion je ni.

Ok daa..




You Might Also Like

0 comments

Subscribe