MY SHAKLEE EFFECT

Oktober 31, 2017

Assalamualaikum..

Saje je nak bercerita ape yang dah dapat sepanjang bershaklee ni..

Yang paling utama dapat rasa - badan tak berapa sakit sangat dah.. yelah.hari-hari tidur lambat.. memang confirm la tak dapat cukup melatonin kan..hehe..
bila tak cukup tidur, badan tak dapat rehat secukupnya.. mula la badan asyik sakit je.. rasa bisa-bisa..lenguh-lenguh..pulak tu, confirm la setiap sejam dua, kene bangun sebab Asyraaf nak susu..
Asyraaf masih fully bf lagi sampai sekarang.. lagi 2 bulan InshaaAllah cukup lah 2 tahun susukan Asyraaf. Dah dapat PHD la nanti once dah cukup 2 tahun..

Yang kedua kulit dah sangat-sangat kurang berminyak.. ni mesti effect dari ESP dan Vitamin C.. hehe.. Kalau tak, dulu kulit muka dah macam boleh kaut minyak buat goreng ikan dah..Memang banyak sangat minyaknye.. Dalam air-cond pun boleh berminyak. Lagi pulak dekat bawah terik matahari.. Adoilaa... sampai besar encik pori-pori jadinya..
Mana tau YOUTH Skincare Shaklee keluar nanti boleh bantu kulit jadi lagi peloles kan.. Hee..Tapi supplement still kena maintain makan untuk support dalaman :-) 

Yang ketiga, Fira tengok jari jemari semakin kurus! hahahahah..ok ni tipu.. Ada sikit inchloss mungkin sebab Fira tak diet ketat pun.. maintain makan nasi dan tukar beras yang sangat kurang kanji.. Ada juga tambahan ambil supplement shaklee untuk shed-off lemak2 jahat yang degil.. Fira amik Lecithin, Alfalfa, Omega, ESP, Vita-C, Vivix & Ostematrix.

Paling best, dapat extra income 😃 sekarang baru setakat 3 angka.. belum jejak 4 angka lagi.. Tapi tulah, tak banyak pun, siapa nak bagi kan? 
Bolehlah buat bayar hutang extra sikit.. mana tau nanti cepat habis.. 😃 Bila hutang dah habis nanti, mana la tau boleh cekup SUV satu kan? hehehe..
Cik Persona tu dah la makin kerap mintak hantar ke ward.. hehe..

Apapun, semua rezeki datang dari Allah.. Kita cuma perlu usaha dan tawakal aje.. Rezeki pun tak semestinya dalam bentuk wang ringgit..
Ada pelbagai arah Allah boleh datangkan rezeki tu.. minta hanya pada DIA.. 

Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang berkat oleh-Nya..

#TsunamiShaklee
#Road2Infinity
#InvincibleMeraki

#RoadToWAHM

You Might Also Like

0 comments

Subscribe