SEMBELIT SEMASA BERPANTANG DAN CARA MENGATASINYA

November 11, 2017

Assalamualakum dan apa khabar?

Seringkali kita dengar ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit selepas bersalin kan?
Lagi-lagi ibu-ibu yang mengalami trauma semasa prosess kelahiran dan ibu yang mempunyai koyakan yang teruk semasa bersalin. Hormon progesteron yang tinggi semasa proses kelahiran juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah sembelit.



Bila masalah sembelit menjelma semasa dalam pantang, ibu-ibu akan mula rasa tertekan (stress). Bila stress, penghasilan susu ibu akan berkurang ataupun mungkin masalah anak reject susu ibu akan berlaku. Ini kerana, baby dapat mengesan emosi ibu yang tidak stabil sewaktu ibu berasa tertekan.

Saya sangat faham bila ibu-ibu mengalami masalah sembelir semasa dalam pantang ni. Yelah, once kena, rasa stress sangat. Perut sakit memulas nak membuang. Tapi bila buang air besar aje, sangat susah rasa. Macam penyiksaan jiwa.. Dengan takut berdarah lagi.. takut luka jahitan terkoyak.. Huhu.. Sangat mengerikan ok..

Jadi, disini saya nak share cara untuk atasi masalah sembelit semasa berpantang:

1. Minum banyak air masak.

Minum air masak sekurang-kurangnya 2L sehari atau lebih. Adalah lebih elok sekiranya dapat minum air yang sudah di tapis. Minum air yang banyak boleh mengelakkan sembelit dan juga untuk bantu meningkatkan penghasilan susu badan.

2. Makan makanan yang tinggi serat.

Makanan yang berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sangat membantu untuk melawaskan proses pembuangan air besar.

3. Jangan Tahan sekiranya terasa ingin membuang air besar.

Ini paling penting tau! Bila ada rasa nak membuang tu, jangan sekali-kali tahan. Terus aje pegi ke tandas. Bila kita tahan, air yang terdapat pada najis akan diserap oleh badan dan ini akan menjadikan najis menjadi keras dan sembelit.

4. Lakukan senaman ringan.

Duduk atau baring terlalu lama boleh memburukkan lagi masalah sembelit. Apa yang anda boleh buat adalah, berjalan secara perlahan-lahan dan jangan terlalu asyik untuk baring dan duduk sahaja.

5. Posisi yang betul semasa membuang air besar.

Ibu yang sedang dalam tempoh pantang, semestinya tidak boleh buang air besar menggunakan tandas cangkung. Ibu hendaklah menggukana tandan duduk. Apa yang ada boleh buat ialah dengan meletakkan kaki di atas bangku kecil dan di naikkan kaki ke atas sedikit seolah - olah dalam posisi mencangkung.

6 . Pengambilan supplement magnesium-kalsium.

Supplement ini boleh membantu untuk memudahkan proses pembuangan air besar.

Sepanjang saya hamil dan berpantang, saya mengamalkan pengambilan supplement kalsium-magnesium dari Shaklee iaitu Ostematrix. Alhamdullillah masalah sembelit langsung tiada.

Selain itu, saya juga mengamalkan set berpantang lengkap shaklee. Yang mana set nya telah saya gunakan semenjak saya mengandung lagi. Memang sangat seronok berpantang dengan set berpantang Shaklee ni. Badan rasa segar dan tidak pucat.

OSTEMATRIX SHAKLEE





You Might Also Like

0 comments

Subscribe