CARA ATASI MASALAH KENCING MANIS

November 09, 2017


MALAYSIA MEMILIKI JUMLAH PENGHIDAP KENCING MANIS TERTINGGI DI ASIA TENGGARA?


Ya Allah.. Ramainya lah yang hidap penyakit kencing manis dekat Malaysia ni..Dah lah nombor satu di Asia Tenggara, nombor 10 pulak di dunia!!

Tahu tak ada berapa negara dalam dunia ni? 

196 negara!! 
Malaysia dalam tangga ke 10 daripada 196 negara? 

Malaysia ni negara yang kecik aje tau. Cuba tengok dekat peta dunia tu. Takat mana kita nampak Malaysia? Kecik aje kan?

Tak mustahil jumlah rakyat Malaysia yang akan menghidap kencing manis ni makin bertambah sebabnya semua orang tahu penyakit kencing manis adalah penyakit keturunan.

Sebenarnya masalah kencing manis ni tidaklah terlalu teruk pun. Tetapi sekiranya, kita tidak mengawal pemakanan kita, gaya hidup yang tidak sihat, akan memburukkan lagi masalah kencing manis ni. Maka dari kencing manis, ada pulak darah tinggi,, ada pulak masalah jantung,, then kena pulak alzheimer.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua dijauhkan dari segala jenis penyakit..

Bila belum kena kencing manis, kita boleh kata:

"Ala.. Tak pelah.. Saya Tak de Kencing Manis.."

"Erm.. takde pulak dalam family saya yang kene masalah kencing manis sebelum ni.. Ok lah tu"

"Tak de papelah.. Saya tak kena kencing manis punya.. Saya sihat aje.."

Betul. Selagi belum kena pada batang hidung, sendiri, kita boleh cakap apa sahaja yang kita nak kan? Boleh makan sesuka hati tanpa had. Makan Donut Big Apple hari-hari, minum teh tarik kaw-kaw setiap hari.. Nanti, bila dah kena, baru lah kita sibuk nak mencari penawar.. betul tak?

Kita perlu ingat, langit tidak selalunya cerah..
Sebelum terjadi, baik kita cegah sebelum kena.. Hanya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita boleh hindari dari pelbagai penyakit.

Jom tengok dekat gambar ni, gejala-gejala penyakit kencing manis. Kita semak balik, ada tak gejal-gejala ni, pada kita..


Dah tengok gejala kencing manis dekat atas ni?
Tapi, adakalanya orang yang kena kencing manis ni takde menunjukkan sebarang tanda pun. Jadi wajib untuk kita buat pemeriksaan berkala dengan berjumpa doktor.

Siapa yang berisiko untuk terkena Kencing Manis?

1. Mereka yang ada keturunan yang menghidap kencing manis.
2. Mereka yang mempunyai masalah obesiti.
3. Wanita yang pernah menghidap kencing manis semasa mengandung (GDM).
4. Mereka yang pernah terkena radang pada pankreas. (Pankreas adalah tempat penghasilan hormon insulin)
5. Mereka yang tidak mengawal pemakanan (Sering makan makanan tinggi gula dan High Glycaemic Index)

Cara Atasi Masalah Kencing Manis

Rasanya rata-rata sudah tahu, apakah cara untuk mengatasi masalah kencing manis dari berkunjung datang kan? Tapi takpe, suka untuk saya ingatkan sekali lagi.

1. Mengubah gaya pemakanan

Sebenarnya, hanya dengan mengurangkan gula atau tidak mengambil gula langsung adalah tidak mencukupi. Gula yang paling perlu dielakkan adalah gula putih yang mana tidak mengandungi sebarang khasiat malah membebankan tubuh kita. Selain itu, kurangkan pengambilan karbohidrat.
Sumber karbohidrat daripada nasi putih terutamanya adalah sangat perlu dikurangkan. Anda boleh gantikan nasi putih kepada, beras basmathi, beras rebus atau pera perang.

Konsep piramid makanan yang dulunya kita perlu mengambil jumlah hidangan karbohidrat paling banyak berbanding yang protein, sayuran kini tidak lagi relevan. Kalau anda perasan, KKM dah tukar kepada konsep suku-suku-separuh? Ni contoh pengambilan hidangan makanan yang sihat.



2. Bersenam 

Senaman yang disarankan adalah 30 minit setiap sesi, 3-4 kali seminggu. Tetapi ramai yang mempunyai kekangan masa disebabkan faktor masa bekerja yang tidak mengizinkan.

Senaman paling mudah adalah dengan berjalan kaki sebanyak 10 ribu langkah sehari. Anda boleh install aplikasi kesihatan di telefon anda untuk membantu anda kira jumlah langkah anda berjalan dalam sehari. Ada pelbagai cara untuk anda capai 10 ribu langkah dalam sehari. Setiap langkah dikira bermula dari anda bangun pagi sehingga sebelum anda masuk tidur.

Sekiranya anda bekerja di pejabat, anda boleh parking kereta jauh dari pintu masuk dan menggunakan tangga sama ada untuk naik ke atas atau turun ke bawah. Bagi yang tinggal di rumah flat adalah lebih mudah. Gunakan tangga sama ada untuk naik ke atas atau turun ke bawah atau kedua-duanya.

3. Kawal Berat Badan

Berat bukan lah kunci utama. Ramai juga yang punya tubuh kurus tetapi menghidap kencing manis dan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Cumanya, berat badan yang berada dalam kategori normal adalah indikator untuk tubuh badan yang baik dan adalahlebih mudah untuk kita kawal pemakanan. Lagipun, sekiranya kita punya penyakit kencing manis atau apa-apa jenis penyakit sekali pun, jumlah dos ubat yang perlu di ambil adalah bergantung kepada berat badan kita. Semakin tinggi berat, maka makin tinggiah dos.

4. Melakukan pemerisaan ke atas diri sendiri

Anda perlu waspada pada tanda-tanda gejala diabetis yang ada di atas. Selain itu, mungkin ada perubahan lain yang anda rasakan seperti sering kebas pada hujung jari dan kaki, munculnya garis-garis gelap di tengkuk, kawasan pelipat badan dan sebarang tanda-tanda lain yang anda tidak biasa.

5. Melakukan pemeriksaan kesihatan bersama doktor

Anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan, hospital awam, hospital swata ataupun di lab seperti BP Lab dan sebagainya. Dengan pemeriksaan setiap tahun, anda mungkin dapat mengenal pasti lebih awal dan dapat mengambil langkah berjaga-jaga. Perlu untuk anda tahu adalah, masalah kencing manis ini boleh diterbalikkan (reverse) dengan kaedah mengubah kepada gaya hidup yang sihat dan mengawal pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat.

6. Mengambil supplement untuk kesihatan

Anda juga boleh mengambil supplement (makanan tambahan) untuk meningkatkan tahap kesihatan badan. Penting untuk anda pilih suppelement yang terbaik dan berkualitu untuk menjamin keberkesanannya.  Disini, semestinyalah saya mencadangkan suppelement dari Shaklee yang semestinya selamat, berkesan dan supplement semulajadi. Supplemen terbaik untuk kesihatan keseluruhan adalah dengan mengamalkan VIVIX Shaklee.

Namun, Shaklee menyediakan cadangan supplement yang bersesuaian untuk semua peringkat umur.

Jom tengok, testimoni - testimoni mereka yang mengambil VIVIX yang mana kandungan rasveratrol di dalamnya membantu megawal paras gula di dalam darah.



Logo Design by FlamingText.com







You Might Also Like

0 comments

Subscribe