TIPS KESIHATAN MATA DI TEMPAT KERJA

Oktober 12, 2017

Assalamualaikum semua.. 

Mata antara organ anugerah dari Allah yang terpenting kan. Nikmat mata yang sihat ni, hanya orang yang rabun atau ada masalah penglihatan aje yang faham. Bila mata dah start rabun, perlu sentiasa gunakan spec sepanjang masa. Kadang-kadang boleh melecet pangkal hidung atau belakang telinga.

Nak pakai contact lens, tak boleh pakai lama. Nanti jadi tak selesa. Leceh pulak tu nak cuci segala. Dulu masa anak dara, rajin lah bercontact lens. Ni dah berkeluarga, hmm selagi ada yang boleh dimudahkan lagi, seboleh mungkin cuba permudahkan.

Ok. Ni saya ada sedikit tips penjagaan mata untuk mereka yang bekerja sambil menghadap PC/laptop. Almaklumlah, kalau dah hari-hari menghadap laptop, baik dekat office mahupun di rumah, boleh jadik juling biji mata kan? hehe.. Tak pe, tak pe, saya faham..sebab saya pun melalui benda yang sama setiap hari.  

Okies. Meh semak tips di bawah:
1. Kedudukan skrin komputer
Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari mata.


2. Pencahayaan yang bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlaku apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Pastikan pencahayaan di sekeliling komputer separuh lebih malap daripada cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang bersesuaian.
3. Kurangkan silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang mempunyai penapis cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai ‘Anti-Reflection Coating’ (Multicoating) untuk meminimakan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stres pada mata.
4. Kelipkan mata dengan kerap
Mata yang kurang berkelip akan menyebabkan air mata menyejat dan mengakibatkan mata tidak mempunyai lapisan perlindungan. Fenomena ini disebut mata kering (Dry Eye).
Jika perlu, gunakan ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Ala..yang Eyemo Moist tu...hee.. Ok, Keadaan mata kering ni boleh menjadi semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin. 
5. Rehatkan pandangan
Sekiranya otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkan otot-otot mata dengan mengalihkan pandangan pada objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata anda. 
Selain daripada tu, boleh juga letakkan tumbuhan hijau di meja kerja. Tumbuhan hijau ni mampu bagi ketenangan pada mata yang stress. Haa..macam ni la dekat meja saya :-) 

6.  Gunakan Cermin Mata Keselamatan (Safety Goggles)
Sekiranya pekerjaan anda terdedah kepada bahaya dan kecederaan pada mata contohnya macam menggerudi, memesin rumput dan sebagainya, pastikan anda memakai cermin mata keselamatan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata daripada bahaya dan kecederaan.

Harap tips dapat membantu :-) 

You Might Also Like

0 comments

Subscribe