MASALAH HB RENDAH SEMASA HAMIL DAN CARA MENGATASINYA

November 04, 2017

Bila tau aje HB rendah semasa hamil, memang betul-betul memeningkan kepala. HB yang rendah sepanjang kehamilan sangat berisiko untuk kedua ibu dan bayi tau. HB rendah ni nama glamour yang orang dok sebut-sebut. Nama penyakitnya Anemia. Hehe..

Image result for Hemoglobin rendah

Tapi..Eh? HB tu ape? Mesti ada yang tertanya-tanya ape itu HB?
HB adalah singkatan bagi perkataan Hemoglobin.
Aduh..Hemoglobin ni apa pulak..hehe.. Bila nampak aje Hemoglobin atau HB ni, terus bayangkan sel darah merah. tapi HB ni bulanlah sel darah merah. Ianya adalah molekul protein dalam sel darah merah yang tugas dia untuk angkut oksigen dan karbon dioksida ke seluruh badan kite ni. Off course la dia bawak melalui saluran darah kan.. Ion besi yang ada dalam HB (dalam bentuk Fe2) ni la yang memberi warna merah pada darah.

Ok..Disebabkan HB ni yang angkut Oksigen ke seluruh otot, tisu, organ, jadi boleh bayangkan tak kalau volume HB ni rendah? Bila otak, jantung, otot dan semua lah tak cukup oksigen, apa jadi pada badan? Pada baby? Scary tak? Jadi sebab tu jangan sesekali pandang remeh masalah HB rendah lagi-lagi semasa tengah preggy ni tau.

Apa akibat bila HB rendah?

1. Baby mungkin kelemasan akibat kekurangan oksigen dan boleh menyebabkan keguguran.
2. Risiko kelahiran pramatang.
3. Risiko meninggal dunia semasa proses bersalin.
4. Proses bersalin yang lama
5. Risiko pembentukan organ yang kurang normal
6. sangat mudah merasa letih dan lesu, mengantuk sepanjang masa.

Scary tak? Kalau boleh semua nak sihat kan..Anak yang dikandung lagi lah kita nak dia sihat walafiat kan.. Jadi, sangat penting untuk kita jaga pemakanan semasa hamil dan ambil vitamin yang disarankan oleh doctor. Boleh juga ambil set tingkatkan HB Shaklee. Cukup lengkap dengan semua vitamin B termasuk Asid Folic dan Vitamin C yang sangat membantu dalam penyerapan Zat Besi.

Apa sumber makanan yang membantu untuk meningkatkan HB? Semestinya makanan yang kaya dengan Zat Besi. Saya listkan dibawah ya:

1. Daging merah
2. Pisang
3. Jambu Batu
4. Hati (tidak digalakkan kerana tinggi toksin)
5. Kekacang
6. Kurma
7. Buah tin
8. Telur
9. Oat
10. Buah Delima

Dan banyak lagi. Selain itu, anda perlulah sentiasa kekal hidrat dengan minum air yang mencukupi. Dan rehat yang secukupnya sepanjang kehamilan. Takmo buat kerja teruk-teruk sangat. Kalau perlu angkat berat, sebolehnya minta bantuan orang lain.

Berapa bacaan HB yang normal?

Bagi wanita yang tidak hamil, bacaan HB ideal adalah 12 gd/l.
Bagi wanita yang hamil pulak, bacaan HB yang ideal sepatutnya adalah melebihi 11gd/l untuk menggalakkan perkembagan yang sihat untuk bayi dan sebarang masalah kesihatan kepada ibu.

Ok..Jom tengok apa yang ada dalam set naikkan HB Shaklee pulak.



Retail Price:  RM 158.13. ketahanan untuk 3-4 bulan.

Wasap saya untuk dapatkannya sekarang. COD boleh dilakukan untuk sekitar daerah Johor Bahru :-)




You Might Also Like

0 comments

Subscribe