MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA HAMIL
November 03, 2017Assalamumualaikum dan salam sejahtera..
Seronoknya tengok orang yang mengandung tapi macam biasa aje. Tak mual, tak mengidam yang bukan, tak muntah-muntah. Tapi, orang kata, kalau masa mengandung macam-macam yang kita hadapi, InshaaAllah anak yang lahir kelak senang dijaga. Betul ke? WallahuaAlam.. Hanya Allah aje yang tahu kan..
Dalam post kali ni, saya nak share jenis-jenis masalah yang kerap sangat ibu hamil alami dan cara untuk kita atasi atau kawal supaya tak jadi lebih teruk. Kalau boleh, tak nak lah nanti sampai kena tahan ward kan. Kalau sehari dua dekat ward, mungkin suami boleh teman. Tapi kalau berbulan dekat ward, terpaksa juga sorang-sorang. Mudah mudahan kita semua dilindungi Allah dan dimudahkan proses kita mengandung dan bersalin kelak..
1. Muntah dan mabuk-mabuk.
Muntah dan mabuk ni merupakan perkara yang paling biasa yang dialami oleh ibu hamil. Terutama yang hamil pada trimester pertama. Perkara ni lah juga yang kadang-kadang membuatkan ibu-ibu serik untuk hamil lagi. Serik-serik pun, silap-silap, tahun depan muka dia yang bersalin lagi..hehe. Itu normal.
OK. Untuk atasi masalah macam ni, ape yang anda boleh buat adalah:
- makan sikit-sikit tetapi kerap (makan makanan yang anda boleh makan & lagi bagus sekiranya ianya berkhasiat).
- jauhkan dari bau makanan yang membuatkan anda loya
- minum air sikit-sikit. Ini untuk megelakkan anda daripada dehidrasi.
- sediakan biskut di tepi katil anda dan makan sedikit sebelum bangun. (ini khas untuk mereka yang kerap pening kepala semasa bangun dari katil dengan laju).
- amalkan vitamin B-Complex untuk mengurangkan gejala morning sickness.
- Jika anda tidak mampu memasak atau loya ketika memasak, minta bantuan dari orang lain untuk memasak untuk anda.
- banyakkan senaman seperti berjalan kaki dan tarian yang ringan
- minum air yang kerap. minimum 2 liter ataupun setiap 25kg berat, 1 liter air.
- makan makanan yang mempunya kandungan potassium seperti pisang
- tuam tempat yang sering berlaku kekejangan dengan botol yang diisikan air suam
- Tambahkan pengambilan magnesium dalam diet anda seperti sayuran hiau dan kurma.
Cara untuk mendapatkan info sebarang produk Shaklee?
Cara mendaftar sebagai Ahli Shaklee Untuk LEBIH Penjimatan?
Cara untuk menjadi salah seorang Pengedar Shaklee?
Cara untuk membuat pembelian produk Shaklee?
0 comments