MENGURANGKAN MASALAH RESDUNG

November 17, 2017

Haaachooo!!! Haaachoo!!

Ya Allah..

Gatalnya hidung ni. Merenyak renyam rasa gatalnya tu.

Kalaulah boleh digaru-garu dalam hidung tau, mau berdarah digaru.

Dengan terbersin-bersin dari pagi. Puncanya air termasuk hidung aje masa mandi.

Awal pagi dah terbersin-bersin. Dengan air dari hidung mengalir tak berhenti.
Nak solat pun tak tenang. yelah..dengan air hidung mengalir lagi laju masa sujud and ruku' tu..
terpaksa la sumbat dengan tisu ke kain ke tiap kali nak solat dalam keadaan hidung berair tu..

Haa..kalau orang resdung mesti selalu kena macam tu kan?

Kalau kena, kompem rasa menggelegak je hati. Mesti rasa nak maki orang aje sehari tu.. Betul?

Sebenarnya resdung ni bahaya tau. Bukan sakit-sakit picisan. Bila dibiarkan boleh mengakibatkan masalah yang lebih teruk


Bahaya Resdung

Resdung yang dibiarkan akan menjadi lebih kronik. Antara masalah lain yang disebabkan oleh resdung adalah:

1. Sakit tekak yang kronik

2. Menyebakan jangkitang pada telinga dan tonsil

3. Masalah asma yang teruk

4. Jangkitan pada otak

5. Jangkitan pada tulang muka

6. Kawasan sekeliling mata bernanah


Tips mengurangkan gejala resdung


Terdapat beberapa tips untuk membantu mengurangkan gejala redung. Penting juga untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui tahap komplikasi resdung yang di alami.
Berikut adalah tips untuk mengurangkan simtom resdung ini.

1. Makan panadol atau pun painkiller.

2. Mendapatkan rehat yang secukupnya.

3. Elakkan benda-benda yang megakibatkan alahan.

4. Tukar cadar, selimut dan tuala mandi setiap minggu. Ini untuk mengelakkan pembiakan hama.

5. Sekiranya, masalah resdung berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria, makan antibiotik yang diberi oleh doktor dan pastikan dihabiskan atau ikut jumlah dos yang ditetapkan.

6. Boleh mencuba petua-petua traditional
 
          Contohnya:

          4 biji limau nipis dan diperah airnya
          5 helai daun pandan dan dimayang halus seperti membuat bunga rampai

          satukan kedua bahan hingga sebati dan sapukan di sekitar hidup, pipi, kening..
          boleh buat 3 kali seminggu. Sekiranya serasi, InshaaAllah akan menunjukkan kesan yang lebih            baik..

7. Dengan pendekatan nutrisi yang betul. Apa yang anda boleh cuba adalah dengan mengamalkan pengambilan supplement seperti:

          Alfalfa - yang mana membantu mengurangkan alergi
          Vitamin C - untuk meningkatkan sistem immune badan
          Garlic - supplement antibiotik semula jadi yang mempunyai sifat untuk membunuh kuman.
          Omega 3 (optional) - untuk kawal simtom keradangan akibat dari masalah resdung.


Retail Price Set Resdung ni RM 224. 

You Might Also Like

0 comments

Subscribe