TIPS MUDAH BERSEDEKAH

Disember 08, 2017

Allah janjikan rezeki yang bertambah kalau kita rajin bersedekah.

Janji Allah itu pasti. Siapa kita untuk menidakkan janji Allah kan.

Allah berfirman (maksudnya) : "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". [Al-Baqarah: 261]

Bersedekah bukanlah hanya setakat memberi wang ringgit aje tau. Berikan ape yang kite termampu. Kalau tak ada duit, tapi kita ada ilmu yang boleh dimanfaatkan ilmu tu oleh orang lain, boleh sedekahkan ilmu kita tu dengan mengajar mereka yang memerlukan ilmu tu. Mudah-mudahan dengan usaha kita, Allah bukakan pintu rezeki seluasnya untuk kita.

Macam mana cara paling mudah nak bersedekah ni?

1. Senang aja. Cari mana-mana badan amal yang sahih, contoh anak yatim ke, pusat tahfiz ke.. Dermakan RM 1 ringgit setiap hari secara istiqomah. Nak buat autodebit pun boleh. Lagi mudah macam tu. Walaupun kita mampu derma RM 1 aje satu hari..itupun dah cukup memadai..kalau mampu bagi lebih, bolehlah bagi lebih..at least setiap hari ada buat kan 😊

2. Lepas tu, boleh juga kita sedekahkan sejadah ke..telekung ke dekat surau2 ke..memane musolla ke kan. Kalau orang pakai, guna untuk solat, selagi digunakan, selagi tu lah kita akan dapat pahala. 

3. Kalau tak boleh bagi sejadah, boleh juga kutip kain telekung, sejadah dan bawa ke pusat dobi layan diri untuk dicuci. Malam-malam lepas isyak tu, ambil kain telekung, sejadah tu, bawak lah keluar untuk dicuci. Bila dah siap cuci, pulan balik dalam keadaan yang elok. Sama ada dilipat atau digantung. Tapi lagi bagus kalau bincang dengan AJK masjid/surau dulu. Kalau tak, nanti tak pasal dituduh mencuri kan. 

4. Sedekah kita lagi bagus kalau kita dahulukan pada orang yang lebih dekat dengan kita. Mana tau, ada adik beradik atau saudara mara yang susah. Nak sediakan peralatan sekolah tak mampu, jadi bolehlah kita bantu. Dengan syarat memberi setakat yang termampu. Jangan sampai nak sedekah pada orang terdekat kita, tapi kita pula perlu meminjam daripada orang lain. Berhutang pulak menyempitkan rezeki tau :-)

5. Untuk suami, boleh sedekahkan pada isteri dan anak-anak dulu. Bawa makan yang best-best ke untuk gembirakan hati diorang. Bila hati isteri dan anak gembira, tentu mereka akan doakan kesejahteraan dan rezeki yang lebih untuk suami/ayah. 

Allah berfirman (maksudnya): "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma'ruf atau mengadakan perdamaian di antara manus. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberi kepadanya pahala yang besar". [An Nisaa:114]


Haa.. Banyak je cara lain nak bersedekah ni..

Mesti korang tau lagi banyak kan.

Jom sesama share cara nak bersedekah ni.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe