CARA ATASI MASALAH SAKIT LUTUT TANPA PEMBEDAHAN

Februari 09, 2018

Sakit lutut ni, orang yang alami je tau macam mana rasa sakitnya tau. Macam Fira ni, muda-muda dah ada sakit lutut. huhu. Kesian sungguh. Tak tahu lah ape yang tak kena. Siap pergi Klinik Kesihatan dan scan. Suspek kurang pelincir semula jadi dekat lutut.

.

Fira tau bila mana asal naik tangga aje, lutut berbunyi macam meletup-letup macam tu. Di tambah pulak dengan rasa sakit. Memang bercinta rasa nak naik lutut. Tapi digagahkan dan ditabahkan jugak. Naik je tangga dan buat macam tak de rasa apa-apa. Malu la kalau orang tau orang muda sakit lutut. haha.

.

Sekarang alhamdulillah. Dah kurang sangat dah rasa sakit lutut tu. Jarang sangat sakitnya datang. Sakit lutut ni kita tak boleh biarkan lama-lama tanpa rawatan tau. Kalau kita biarkan, tak de usaha langsung nak rawat, lama kelaman lutut boleh kehilangan fungsi. Nauzubillahiminzalik. Semoga dijauhkan. Lutut dan seluruh tubuh badan kita adalah nikmat Allah. Wajib untuk kita jaga tau.

.

Ok Jom Fira share sedikit tips untu atasi masalah sakit lutut ni. InshaaAllah berkesan kalau kita usahakan sebaik mungkin :-)


  1. Kurangkan berat badan melalui senaman dan kawal pemakanan.

    Sekiranya mempunyai masalah berat badan, memang sangat digalakkan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana badan yang lebih akan memberikan tekanan yang lebih kepada bahagian tulang kaki terutama bahagian lutut. Bila kita berjaya mengurangkan berat badan, makan berkuranglah bebanan yang ditanggung oleh kaki kita ni.
  2. Pakai pendakap lutut yang sesuai.

    Sekarang ada pelbagai jenama pendakap lutut di luar sana. Hanya pilih mana yang bersesuaian dengan kita dan gunakan sepanjang masa. Pendakap lutut ni fungsinya untuk mengurangkan pergerakan pada sendi lutut. Bila kurang pergerakan, kuranglah rasa sakit tu nanti.
  3. Buat rawatan akupunktur.

    Kedengaran macam sakit kan? Biasanya orang yang memang sakit dekat kawasan tu, tak rasa dah pun kesan kena cucuk dengan jarum akupunktur tu tadi tau. Hehe. Akupunktur ni merupakan salah satu rawatan alternatif yang mana dapat membantu untuk melegakan kesakitan dan meningkatan flexibility lutut.
  4. Amalkan Diet yang sihat terutama yang bagus untuk kesihatan sendi dan tulang.

    Cuba makan makanan yang mampu meningkatkan kesihatan pada sendi dan tulang. Contohnya seperti ikan salmon, sayur sayuran, buah-buahan dan kekacang yang dipanggang tanpa garam dan gula tambahan.
  5. Ambil makanan tambahan untuk bantu meningkatkan fungsi lutut.

    Terdapat makanan tambahan tertentu yang mana mampu membantu untuk meningkatkan kesihatan sendi dan tulang. Contohnya seperti minyak ikan yang kaya dengan omega 3. Ianya dikatakan memberikan pelinciran semula jadi untuk pergerakan sendi. Selain itu, Omega 3 juga dapat membantu melegakan keradangan akibat geseran pada sendi lutut tu tadi

    Paling mudah, boleh amalkan set kesihatan sendi dan lutut dari Shaklee ni. :-)







You Might Also Like

0 comments

Subscribe