10 Mitos Berkenaan Penyusuan Susu Ibu | 10 Mitos berkenaan Breastfeeding

Mac 12, 2018

Menyusu badan ni merupakan satu benda yang orang anggap sangat semula jadi. Benda yang dianggap sebagai fitrah kita sebagai manusia. Sebaik baby lahir, baby dah pandai menyusu. Ibu pun pandai untuk menyusukan anak.


Tapi hakikatnya, ibu perlu mendalami ilmu penyusuan sebanyak mungkin. Ilmu Allah terlalu luas untuk kita belajar dan terus belajar. Hakikat penyusuan ibu pun kita perlu belajar.


Ramai yang salah anggap, bila susu tidak keluar semasa awal kelahiran, ibu tak mampu untuk menyusukan anak. Ibu tak ada susu untuk susukan anak. MasyaAllah. Setiap dari kita mampu untuk menyusukan anak. InshaaAllah.


Apa yang korang boleh buat adalah dengan belajar ilmu penyusuan melalui pembacaan atau cari mana-mana lactation counselor yang berdekatan dengan korang. Biasanya klinik kerajaan juga ada menyediakan khidmat laction counselor ni tau. Berjumpa dengan mereka untuk cek sama ada cara lekapan baby betul atau tidak, baby ada masalah lidah terikat atau tidak (toungue tie) dan pelbagai masalah lain.


Jom tengok, apa dia mitos-mitos yang biasanya ada dalam proses penyusuan ibu ni.



MITOS 1
Ramai Ibu tidak mampu menghasilkan susu yang cukup.

TRUTH 1
Semua ibu akan menghasilkan susu yang cukup walaupun hanya dengan direct feeding sahaja.
Jom tengok gambar dekat bawah ni, macam mana saiz perut baby semasa lahir.




MITOS 2
Rasa Sakit ketika Menyusu adalah normal

TRUTH 2
Rasa sakit semasa menyusu adalah tidak normal ya. Puting merekah ataupun melecet menunjukkan cara lekapan baby adalah salah. Proses penyusuan yang normal sepatutnya tidak menyakitkan dan adalah pengalaman yang menyeronokkan.



MITOS 3
Susu tak cukup untuk baby 3-4 hari selepas bersalin.

TRUTH 3
Susu pada permulaan tidak akan keluar secara mencurah-curah. Ia akan keluar mengikut fasa perkembangan perut baby. Ianya adalah sangat normal jika susu hanya keluar setitik dua pada 3-4 hari pertama. Dan pada waktu ini, susu yang keluar adalah dinamakan sebagai kolustrum yang mana sangat berkhasiat untuk baby.




MITOS 4
Perlu Menyusu selama 20 minit untuk setiap payudara

TRUTH  4
Susukan baby sebelah sahaja bagi setiap sesi. Ini kerana susu yang keluar pada waktu awal adalah cair dan dinamakan sebagai foremilk. Susu yang kaya dengan lemak yang membantu meningkatkan berat badan baby dinamakan hindmilk.




MITOS 5
Bayi perlukan air tambahan selain susu ibu.

TRUTH 5
Untuk 6 bulan pertama selepas kelahiran, BAYI TIDAK MEMERLUKAN TAMBAHAN AIR ATAU MAKANAN. Susu ibu sudah memadai dan paling bagus untuk bayi anda.



MITOS 6
Perlu bersihkan puting setiap kali sebelum menyusu

TRUTH 6
Sesetengah ibu merasakn puting mereka berminyak setiap kali mahu meyusukan bayi mereka. Sebenarnya, minyak tersebut adalah rembesan semulajadi sebagai persediaan untuk baby menyusu. Rembesan inilah yang mendorong baby untuk mencari puting ibu mereka walaupun di dalam gelap!




MITOS 7
Hasil perahan = jumlah keseluruhan susu yang dihasilkan

TRUTH 7
Jumlah perahan bukan lah tanda aras total susu yang berjaya ibu hasilkan. Ia hanyalah indikasi bahawa kita sudah pun berjaya support supply susu kita pada baby kita tu.




MITOS 8
Guna botol lebih mudah dari direct feeding.


TRUTH 8
Direct Feeding - Buka baju, dan terus je bagi pada anak.

Botol - panas kan air, atau guna air dari water heater tu, campurkan susu, takpun kalau susu ibu yang beku, nak kena cairkan dulu, lepas tu baru boleh bagi pada baby. masa ni baby dah melalak teruk dah. hehe. ibu pulak kena bangun ke dapur dalam keadaan mata terpejam. hehe.



MITOS 9
Saiz payudara menentukan kuantiti penghasil susu.

TRUTH 9
Oh tidak sama sekali. Susu dihasilkan oleh kilang susu yang ada dalam payudara ibu dan ianya tidak ditentukan melalui saiz payudara ibu. Ada orang yang mempunyai saiz payudara yang kecil tapi berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun. In fact, dah ramai sangat yang berjaya hanya dengan payudara yang kecil.



MITOS 10
Amalan Penyusuan menyekat kebebasan ibu.

TRUTH 10
Sebenarnya penyusuan ibu adalah relax sekiranya kita mempunyai ilmu penyusuan yang cukup. Dan penyusuan ibu juga boleh membantu merembeskan hormon oxytocin yang membuatkan kedua ibu dan anak tenang dan bebas tekanan. dan berbalik kepada fitrah. Jika mahukan yang terbaik untuk anak, susu ibu lah yang terbaik untuk bayi korang. Titisan Emas dari seorang ibu buat anaknya. :-)


Jom kita sama-sama kekalkan fitrah kejadian kita sebagai ibu. Susu ibu adalah hak anak. Mungkin agak sukar bagi mereka yang bekerja. Tapi InshaaAllah dipermudahkan oleh Allah. Saya pun dah berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan sampai anak usia 2 tahun. Now keep continues sampai la dia nak berhenti sendiri.







You Might Also Like

0 comments

Subscribe