Cara Atasi Masalah HB Rendah Semasa Hamil | Masalah HB rendah ketika mengandung

Mac 09, 2018

Hai korang! Entry kali ni adalah berkenaan masalah HB rendah semasa hamil. Tahniah kepad korang yang dah pun berjaya hamil Sama ada anak pertama atau anak yang kedua, ketiga dan seterusnya. Setiap anak adalah rezeki dari Allah untuk kita.


.

Masalah HB rendah semasa hamil ni dah jadi macam perkara biasa sekarang ni. Tapi walaupun ia adalah masalah biasa di kalangan ibu-ibu yang sedang hamil, tak bermakna HB rendah ni tak ada risiko ya!

.

Jika kita tak ambil tindakan untuk naikkan HB kita ni, hmm. Sangat-sangat la bahaya untuk kedua ibu dan bayi yang dikandung tau. 


Ada Risiko HB rendah untuk ibu hamil?

Anemia atau HB rendah ni boleh mendatangkan komplikasi yang serius semasa hamil.
Antaranya risiko keguguran, kelahiran bayi pramatang, saiz bayi yang kecil, risiko bayi koma atau meninggal semasa lahir, dan juga ibu meninggal semasa proses kelahiran.

.

Nauzubillhiminzalik. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah ya. 

.

Naikkan HB melalui pemakanan seharian.


OK. Ada banyak sangat makanan yang kita boleh makan untuk membantu menaikkan HB kita ni. Yang mana makanannya mengandungi kandungi Iron atau Zat Besi yang tinggi. Zat besi ni lah yang membantu untuk meningkatkan HB kite ni. Dan perlu sangat untuk pastikan ambil makanan yang mengandungi vitamin C. Ini kerana, vitamin C ni membantu penyerapan zat besi tu tadi :-)


1. Ambil makanan yang tinggi dengan zat besi seperti kerang, daging, hati lembu, udang, kuning telur dan hati ayam. Tapi perlu berhati-hati pengambilan hati sebabnya hati merupakan tempat simpanan toksin tau. 


2. Tambah pengambilan buah-buahan dan sayur sayuran yang kaya dengan vitamin C seperti lemon, buah oren, buah jambu, bauh tembikai, sayur bayam dan brokoli.


3. Tambah juga pemakanan yang kaya dengan asid folic seperti pegaga, pucuk keledek, daun murunggai (daun kelor), bayam merah dan sayur kangkung. (Kebanyakan sayur hijau adalah tinggi zat besi dan asid folic)..


4. Elakkan pengambilan kopi, teh, milo dan susu semasa waktu makan. Ini kerana, ianya dapat menganggu penyerapan nutrien dari makanan ke dalam badan. Sekiranya perlu untuk minum minuman ini, elakkan pengambilan semasa makan hidangan utama.


Naikkan HB melalui pengambilan supplement

 1. Pastikan anda mengambil  dan makan semua pil zat besi, kalsim, b complex, asid folik, vitamin C yang dibekalkan setiap kali lawatan ke klinik kesihatan.

2. Anda juga boleh mengambil supplement Shaklee yang membantu menaikkan masalah HB rendah ni seperti Vitalea yang mengandungi zat besi dan bantu mengurangkan rasa loya juga supplement Vitamin C.

3. Pastikan pengambilan sebarang supplement diminum bersama air masak. Elakkan pengambilan bersama susu, kopi dan teh. Kerana ianya akan mengurangkan penyerapan vitamin yang kita dah makan tu tadi :-)


Semoga kehamilan anda adalah kehamilan yang sangat menyeronkkan dan Allah mudahkan proses bersalin korang nanti.



PETUA DAPATKAN PROSES BERSALIN YANG MUDAH




Video: Cara Atasi Masalah HB Rendah Semasa Hamil





You Might Also Like

0 comments

Subscribe