7 Sebab Kenapa Susah Sangat Nak Turunkan Berat Badan

Julai 09, 2018

Kadang kadang kita rasa kita dah buat macam - macam dah. Tapi berat macam susah sangat nak turun. Kadang kadang makin naik pulak berat. Homai... Tak sangka sungguh laa.

Jadi, jom semak balik ape dia benda yang kita buat, yang menyebabkan berat susah sangat nak turun.




1. Tidur yang terlalu sedikit @ terlalu banyak.

Haisy. Tidur pun susah ke? Sikit banyak pun nak kena kira? Eh..Mesti laaa :-) Kadang - kadang berat kita naik disebabkan oleh sesuatu benda yang kita tak jangka. Ada satu kajian dekat Amerika yang dijalankan atas rakyat dia sendiri, satu daripada 4 orang rakyat dekat sana tidak tidur dengan cukup. Jadi tak mustahil dekat Malaysia ni pun sama kan?

Ada kajian yang dilakukan atas orang dewasa yang ada masalah lebih berat badan. Dan mereka dapati ada kaitan antara kenaikan berat badan dengan tidur yang melebihan 9 jam sehari atau pun kurang dari 5 jam sehari. Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan hormon seperti hormon yang berkaitan dengan nafsu makan dan juga hormon yang membantu pembakaran seperti leptin dan ghrelin. Perembesan hormon - hormon ni jadi tak stabil disebabkan oleh paten tidur seseorang individu.

Biasanya, mereka yang kurang tidur akan merasa mudah letih, dan jadi malas untuk bersenam. Apa pun, kalau korang ada masalah berat badan, boleh cuba betulkan waktu tidur dulu. Pastikan dalam waktu 10-4 pagi korang dah tidur. Feel Good Hormone iaitu hormon melatonin akan mula dirembeskan sekitar pukul 10 malam, peak at 12 sampai 2 pagi. Baru lah esok bangun pagi badan akan rasa segar aje.


2. Terlalu banyak hidangan kecil

Kita selalu dengar, nak kurangkan berat badan, kita kena makan kerap dengan portion yang lebih kecil. Tapi masalahnya, kita makan sikit - sikit tapi terlalu kerap. Dah macam tak berhenti makan dah. Huhu. Sama jugak tu. Then hidangan kecik - kecik tu pulak, kita makan kerepek kentang lah, biskut lah, pun tak bagus jugak. Jadi memang penting sangat untuk track berapa banyak kalori yang kita makan dalam sehari tu.


3. Bergantung kepada makanan luar

Umum tahu, kita sekarang hidup dalam dunia yang serba sibuk. Kadang - kadang korang pun rasa malas nak masak even tak busy mana pun. Jadi korang pun bergantunglah dengan makanan dari luar. Sama ada makan dekat restoran tu atau order je. Kite tak tahu ape yang diorang letak dalam hidangan diorang tu. Sayur cukup segar tak, dia proses masak macam mana. Kita tak tahu. Tapi biasanya, memang jarang sangat la menyihatkan. huhu. So better homecook kalau nak berdiet ye.


4. Reward diri dengan makan lepas excercise

Awat rasa macam biasa eh? hehe. Hmm, biasa sangat nampak berhampiran dengan gym, mesti ada foodtruck yang best sangat food dia. Tak tau lah tempat korang macam mana kan. Dekat area saya memang macam tu. Kadang - kadang kita tak dapat nak justify dengan tepat berapa banyak kalori kita dah bakar masa buat excercise tu. Ada satu kajian, researcher jumpa yang cardio machine dekat gym tu overestimate jumlah kalori yang terbakar sebanyak 19% lebih dari yang sepatutnya. Dan kita pun lepas workout, dengan senang hati pi mamak, order roti canai banjir. huhuhuhu..


5. Makan bila Rasa stress

Hmm. Ni pun macam familiar kan? Bila stress, makan coklat. makan aiskrim. Lepas tu tanya, kenapa berat aku susah nak turun eh? Adoiii... lagi pulak sekarang, tempat makan best - best mudah je viral dekat FB tu, dah semua tag dekat timeline ajak makan situ after working hours.. dan almost setiap hari ulang enda tu. I know I know. it does happens to me too. Except that saya ajak husband pergi try instead of pergi dengan member. haha


6. Minum kalori yang sia - sia

Cara terbaik, jangan minum kalori korang tu. Pastikan dapatkan daripada makanan. Kebanyakan kalori yang terdapat dalam minuman sedap - sedap macam soda, juice, latte, energy drink tu datangnya daripada gula. Dah lah makin menambahkan berat badan, buat tinggikan risiko penyakit - penyakit lain pulak.

Bila banyak minum minuman yang manis, ia tak buatkan korang makan kenyang pun. Malah buat kita jadi craving benda benda yang manis tu tau. Buat rasa nak makan donut big apple la, makan coklat la, rasa nak makan kek la, rasa nak makan ais krim la.. ooh u get the idea..

Badan kita tak register benda benda ni sebagai makanan pun. Sebab tu boleh buat kita rasa makan banyak tanpa rasa kenyang. Tak pun rasa kenyang, lepas tu kejap aje dah lapar balik dah.


7. Jatuh dalam perangkap marketing kononnya "Health Food"

Kadang - kadang kita rasa sesuatu yang kita makan tu kononnya sihat. Tapi sebenarnya kita boleh kenal pasti makanan / minuman tu sihat atau tak sebelum kita ambil dan masukkan dalam mulut.

Juice & smoothie: Tak semestinya buat dari buah buahan dan sayur sayuran, terus jadikan minuman tu sihat. Biasanya yang terjual dekat luar tu dah tak de kandungan fiber dah. Dan, kalau korang nak tahu, lepas 20 minit, kandungan vitamin dalam fruit juice tu dah berkurang banyak sangat dari asal. Untuk smoothies pulak, biasanya diorang letak ais krim atau yogurt untuk bagi sedap. Jadi sia-sia aje minum. Kalau nak jugak yang beli dekat luar, green smoothies (yang dari sayur dan buah hijau) should be ok. Tapi better korang amik tau cara diorang sediakan ok.

Protein Bars & Granola: Hmm. senang aje. Cek label makanan sebelum beli. Kalau first ingredient dah tulis segala jenis anak, cucu, cicit gula. Jangan beli hokey.


Setakat ni je dulu perkongsian saya ye. If korang ada nak sharing - sharing pasal lose weight dengan saya, meh la komen dekat sini ok. Saya pun dalam mode nak menurunkan berat sampai tahap optimum. Serius ni!

ok daaa :-)

You Might Also Like

0 comments

Subscribe