CARA UNTUK MENGURANGKAN KALORI DALAM PEMAKANAN HARIAN

Julai 06, 2018

Rasanya rata - rata orang tau kalau nak kurangkan berat badan, kena kurangkan jumlah kalori dalam hidangan sehari kan? Tapi kadang - kadang, kita tak tahu macam mana cara nak buat. Macam mana nak kurangkan kalori tu.

.

Kalau kita berjumpa dengan doktor atau pakar pemakanan, mungkin mereka boleh sediakan satu plan khas untuk kita. Cuma perlulah bayar kos konsultasi mereka. hehe.

Untuk cara yang lebih mudah, boleh juga guna online tools atau aplikasi yang tersedia dalam apple store atau play store untuk telefon mudah alih.

.

Jadi hari ni, saya nak kongsikan sedikit tips macam mana nak kurangkan kalori dalam pemakanan seharian. Khas untuk korang yang nak kurangkan berat badan (Macam saya! hahaha )




1. Gantikan daging dengan sayuran

Cuba gantikan daging teruta daging merah dengan sayuran. Banyak sebenarnya sumber protein daripada jenis sayuran atau kekacang. Lagi best makan banyak, kenyang tapi jauh sangat nilai kalori sayuran berbanding dengan daging ni. Sayur sayuran ni pulak dah la mengandungi banyak nutrient dan lebih mudah di hadam berbanding daging.


2. Gunakan kaedah memanggang

Kalau rumah jenis ada laman yang comel, hidupkan je grill dekat laman tu. Seronok pun seronok. hehe. Kalau kita gunakan kaedah menggoreng, makanan kita akan serap minyak yang kita gunakan tu. Gantikan dengan kaedah panggang ni. Lemak lebihan tu akan cair maka kuranglah lemak jahat tu nanti.

In case tak ada penggang yang khas tu yang jenis mudah alih tu, panggang aje gun oven. Alas dengan redai dan bawah redai, letakkan dulang oven untuk catch minyak yang driping tu. so dapatlah effect yang sama dengan pemanggang khas tu nanti.


3. Gunakan kaedah merebus

Ha. daripada menggoreng, baik la rebus segala makanan kita. sayur, ayam, ikan, gantikan kaedah menggoreng tu dengan merebus. Khasiat dapat. Sihat pun dapat. Make sure jangan guna minyak tau.


4. OOpps!! No Mayo Please!!

1 sudu besar mayonaise mengandungi 100 calories. Tapi seriously 1 sudu besar dah cukup? ye ke ni? Boleh caya? Sedap kot mayonnaise tu. Lagi - lagi yang brand kewpie tu. huhu. Make sure check lable dulu tau sebelum main tuang aje dalam salad. Makanan dah bagus dah, sekali letak sos thousand island.. aduuh!! spoil dah.
Mungkin boleh ganti dengan yang lelain yang lebih kurang kalori contohnya macam sos spicy mustard tu. Baru dalam 1 tablespoon, 15 kalori je.


5. Gantikan produk makanan dengan pilihan yang lebih sihat

Contohnya macam yogurt, instead of beli yogurt yang berperisa tu, boleh gantikan dengan greek yogurt. Erm..masam sikit la. Tapi kebanyak yogurt yang jual tu nampak aje macam ala makanan sihat. Tapi, kandungan gula dia Ya Rabbi!! banyak gila kot. Apa pun yang korang beli terutama process food ni, make sure baca label dia tau. Jangan simply ambil dan letak dalam troli hanya semata mata dia tulis "low calorie", "low fat", "healthier choice". Tu kadang kadang helah marketing aje tu.


6. Gantikan minuman dengan air masak sahaja

Air masak ni 0 kalori tau. Minum lah banyak mana pun tak pe. Ni air nak kena starbuck, air nescafe dalam tin. Big No. Jangan minum kalori tu. Kawal kalori hanya dari makanan ok. Bukan dari minuman. Kadang kadang kita minum air manis ni sebab craving gula tu aje.


7. Makan snek yang sihat

Gantikan snek macam biskut, chips tu semua dengan snack yang lebih sihat. Contohnya, potong siap - siap salery dengan carrot tu, masukkan dalam jar. Rasa nak makan, cicah dengan hummus homemade sikit, oh tu pun dah cukup sedap dah.

Makan snek sihat macam ni lagi bagus. Sebab boleh banyak fiber. Nanti mudahlah nak membuang air besar tu.


8. Makan Perlahan - lahan

Enjoy the food! Nikmati makanan kita tu dengan perlahan - lahan. Jadi kita akan lebih fokus dengan apa yang kita masukkan dalam mulut. Daripada just main sumbat aje masuk mulut. Lagi satu, otak kita akan bagi signal bila kita dah rasa kenyang. Tapi biasanya akan take time la untuk dapat signal tu. Sebab tu la kena makan slow - slow ok.


9. Plan makanan yang kita nak makan

Pilihan terbaik tentulah makanan yang dimasak sendiri kan. Jadi kita boleh tentukan apa bahan nak guna, kawal penggunaan garam dan gula. Kita boleh plan awal - awal menu kita untuk satu minggu. Ada banyak sangat video untuk meal prep dekat youtube tu. Type aje meal prep idea. Ha..berlambak video keluar. Tinggal nak apply dengan tak aje.


Harap sedikit tips ni dapatlah membantu korang yang try ajar tastebud rasa makanan yang lebih sihat tu. Dan lagi best kalau dapat turunkan sikit berat badan. In case korang ada support group wasap untuk nak diet ni, meh lah add saya sekali ye. Boleh kita support each other :-)

You Might Also Like

0 comments

Subscribe